Wednesday 28 December 2011

Program Mahasiswa..huarghhhhh..!!!

Aku sehingga sekarang sebenarnya masih tak percaya yang aku akan masuk universiti nie..yelah student pemalas macam aku nie, mana nak layak masuk universiti..lol..tapi nak buat macam mana, universitipun dah mengiktiraf pelajar-pelajar yang masuk universiti nie sebagai golongan yang sedikit cerdik dari yang luar sana, dapatlah aku merasa menerima surat tawaran kemasukkan universitas nie kata orang..hehe

Aku paling suka satu perkara yang mana dari mula masuk sehinggalah sekarang, bakat aku bermain catur inter-universiti agaknya semakin meningkat kot..ape taknya, bermula dari tahun satu sampailah tahun tiga aku takkan miss dari dapat EMAS, paling burukpun PERAK untuk Sukan Universiti Antara Kolej (SUKEM)..eksyenla plak…xdelah, mana tau lepas baca nie ada yang nak lawan aku..leh gak aku jumpa pesaing-pesaing yang hebat..syok main…;)


Dahlah kesitu pulak, aku bukan nak cakap aku masih tak percaya masuk ke universiti nie apalagi nak bercerita pasal chess..tue sume ketentuan Allah yang pasti ada hikmah disebalik kejadian, dan aku sebagai Muslim perlulah yakin bahawa Allah pasti akan meletakkan rahmatnya jika ada keiklasan dan kesabaran dalam menempuhinya..tapi aku nak cerita pasal Program Mahasiswa nie..nak kata biasa ada, membazirpun ada, komitmen dan sasaran yang tersasar dan tak kenepun ada..MACAM-MACAM ADAAAA……€#(&^)%*)

Kat universiti aku belajar nie ada seratus lebih persatuan dan kelab, bermacam-macam jenis dan bunyi, tue tak sebut lagi beratus-ratus nama program yang pelik-pelik dan canggih manggih...aku rasa exco Majlis Perwakilan Mahasiswa pun ada yang tak tahu ada nama kelab itu dan ini dalam Universiti Keramat aku nie..tapi takpelah bagus tue sebenarnya, sebab mahasiswa mungkin tak serasi dengan kelab nie boleh masuk kelab tue, bergaduh ngan persatuan tue boleh lompat persatuan masuk ke persatuan nie..macam lompat parti..kene berlatih dari sekarang..hehe..


Masalah yang timbul bila dah seseorang nie terlalu banyak persatuan dan kelab nie aku tengok terlalu jelas..berbelah bagi nak bagi komitmen.. “jangan lupa datang meeting malam nie tau”.. “alamaakkk..aku ada meeting lainlah malam nie”..biasa tue biasa..alasan dari dulu sampai sekarang takkan berubah..tapi yelah kadang lucu jugak aku, dorang kene berlari sana berlari sini sebab nak attend meeting..haha..kata dorang pulak akupun 2x5=1467..huhu

Programlah yang dilaksanakan, aku ada problem sikit dengan program nie…setiap tahun aku tengok perkara yang sama, sesuatu kelab dan persatuan pasti mewarisi BADI senior-senior mereka..salah dan silappun macam copy and paste, takdepun pembaharuan..agaknya trend sekarang kot erk, tak nak susah kerja, abik jerla aktiviti-aktiviti yang lepas-lepas.. “aku bukan kene bayar gajipun”.. “betul jugak tue, tapikan yang ko bengong terima jawatan dan tanggungjawab pasai apa?!”.. “nak buat macam mana aku kena paksa, xde pilihan”.. “*&^*^%*(*)”.. (satu lagi permasalah timbul..paksa-paksa).

Mahasiswa kenalah upgrade program yang sedia ada dengan resolusi yang baru dengan mengambil kira polarisasi yang ada di sesuatu universiti. Apa yang mengecewakan ialah apabila sesuatu program yang dianjurkan tersasar dari matlamat program yang sepatutnya dibuat..aku tak cite kat universiti akulah, universiti aku nie sume kaki-kai program..sume program berjaya capai matlamat..hehehe..buat satu-satu program, tempat kat celah-celah, program sampai seminggu pulak tue..mana orang nak datang, mana matlamat nak capai, silap-silap orang yang buat show atau bagi talk pun malu nak cakap kat situ..

Tapi aku memberi kreadit keatas program-program yang berjaya dilaksanakan yang jelas menampakkan hasil yang mampu menaikkan semangat aku kat universiti nie..satu program terbaru yang aku sertai ialah program Dakwah Masyarakat Muslim di Kelantan..sasaran adalah masyarakat Muslim dan sebilangan golongan Asli ternyata memberikan impak yang maksima kepada penduduk kampung malahan lebih daripada itu, hasil usaha program ini telah memberikan nama yang baik untuk universiti yang letaknya jauh di Bandar.. hok gtue kita mahu..buat satu-satu program penat serta kesungguhan dibayar dengan kejayaan..jangan pulak penat dan kesungguhan dibayar dengan penat dan keletihan, malahan malu pulak tue..(takpelah, kat universitilah buat silap yer tak..hehe)

Apapun, supportla program orang..kang tak support ingat orang nak support kaa program kawin hangpa nanti..hehe.. Yelahh dalam usaha membina dan mencipta nama baik universiti, buatlah apa saja..supportla program-program orang nie..walaupun tak membantupun program-program mahasiswa nie dalam ranking universiti dunia, dan sekarang takde satupun universiti di Malaysia nie yang duduk di ranking walau 400 dunia!! So shame..sedangkan kat Singapore dua universiti ada dalam ranking, kat Thailand ada satu..sebesar-besar Malaysia takde satupun..kayu ukur tue kayu ukur…mungkin selepas nie mahasiswa boleh ambil kira perkara-perkara nie, jangan abik lekeh soal ranking nie bila dah duduk dimenara gading..alang-alang menyeluk pekasam orang kata..

p/s: semoga universiti yang aku cintai akan terus berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama universiti-universiti lain..

No comments:

Post a Comment