Friday 30 December 2011

Penghijrahan Artis Ke Mardhatillah


Kebelakangan ini kita dapat lihat sendiri semakin ramai golongan artis yang telah daripada cinta kepada seni muzik kepada cinta kepada sang pencipta alam. Perubahan ini telah menarik minat saya kerana bukan senang untuk mengubah prinsip hidup dan minat serta kecenderungan kepada tikar sembahyang ini apatah lagi berada dalam kemuncak kerjaya.

Apa yang menarik minat saya adalah bagaimana proses transformasi ini berlaku. Berlainan pula situasi digambarkan oleh peminat dan golongan pemerhati yang kadang kala menjadikan apa yang berlaku ini sebagai satu bentuk inspirasi. Bagi saya sendiri, saya menjadikan penghijrahan golongan ini ini sebagai modus operandi dalam penyampaian ceramah, motivasi dan usrah yang saya sertai. Betapa besar keangungan Allah SWT dan pemilik hidayah ini.


Antara artis yang saya minati adalah Sham Kamikaze. Bila mendengar berita mengenai penghijrahan beliau, saya semakin bertambah minat kepadanya (cukup sekadar minat tatkala beliau memetik gitar). Teringat kawan-kawan ‘rock kapak’ yang begitu setia menjadi peminat beliau, sekali dengan fesyen-fesyen diikutnya, kini melopong dan terkejut, malah menganggap perubahan yang berlaku sebagai satu yang mengemparkan. Malah boleh dikatakan seminggu selepas perubahan ini mereka asyik sembang perkara ini. Saya secara serius dalam berseloroh mula bertanya kawan-kawan, “kamu bila lagi?”. hanya reaksi senyuman yang diberikan. Hidayah Allah pasti datang kepada mereka. InsyaAllah.

Sham Kamikaze yang meletakkan jawatan sebagai pensyarah muzik disalah sebuah akademi muzik secara mengejut itu juga tidak pernah merasa menyesal dengan perletakkan jawatan itu, malahan menyatakan apa yang lebih penting kini adalah ketenangan. Pastinya orang pertama yang gembira adalah isteri dan ibunya sendiri yang sering mengingatkan beliau supaya tidak meninggalkan solat. Tidak kisahlah bagaimana proses beliau dari masjid ke masjid sehingga utara dan dapat pula bersalaman dengan Sheikh Saad Ghamidi, itu bukanlah persoalan, tapi yang menjadi isu perubahan adalah kesediaan dan kesungguhan beliau yang ternyata bersungguh-sungguh kembali kepada ‘Taariq al-Jihad’ dan ‘Tazkiyyah an-Nafs’.

Bila melihat perubahan ini, diri ini bertanya jika seorang berhijrah daripada tidak menjaga solat kepada menjaga solat, bagaimana pula dengan orang yang telah sedia menjaga solat, apakah perubahan yang mereka perlu lakukan? Perubahan yang perlu dilakukan ialah perlulah solat diawal waktu dan lebih konsisten untuk bersolat di mana tempat diazankan kerana itu lebih afdhal. Ramai dikalangan orang-orang yang solat tetapi tidak menjaga solat mereka, malah sehingga qada’ solat tersebut sewenang-wenangnya. Ini bukanlah satu perkara yang baik dan harus dipandang secara serius oleh semua pihak yang ingin mendapatkan Mardhatillah.


Ambillah semangat orang yang telah berubah seperti Sham Kamikaze yang dilihat kini telah benar-benar berhijrah. Begitu juga untuk seluruh umat Islam, marilah kita bersama-sama berhijrah dengan mengamalkan Islam dengan sebaik-baiknya, bukan sekadar Islam pada nama tetapi bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Semoga lebih ramai artis akan berhijrah dan akhirnya akan membentuk satu ‘Bi’ah Islamiyyah’ dalam industri muzik tanah air.

p/s: kali ini menulis dengan lebih formal sikit..hehe, apapun saya suka lagu Sham Kamikaze dalam versi Lau Kana Bainana..;)

Wednesday 28 December 2011

Program Mahasiswa..huarghhhhh..!!!

Aku sehingga sekarang sebenarnya masih tak percaya yang aku akan masuk universiti nie..yelah student pemalas macam aku nie, mana nak layak masuk universiti..lol..tapi nak buat macam mana, universitipun dah mengiktiraf pelajar-pelajar yang masuk universiti nie sebagai golongan yang sedikit cerdik dari yang luar sana, dapatlah aku merasa menerima surat tawaran kemasukkan universitas nie kata orang..hehe

Aku paling suka satu perkara yang mana dari mula masuk sehinggalah sekarang, bakat aku bermain catur inter-universiti agaknya semakin meningkat kot..ape taknya, bermula dari tahun satu sampailah tahun tiga aku takkan miss dari dapat EMAS, paling burukpun PERAK untuk Sukan Universiti Antara Kolej (SUKEM)..eksyenla plak…xdelah, mana tau lepas baca nie ada yang nak lawan aku..leh gak aku jumpa pesaing-pesaing yang hebat..syok main…;)


Dahlah kesitu pulak, aku bukan nak cakap aku masih tak percaya masuk ke universiti nie apalagi nak bercerita pasal chess..tue sume ketentuan Allah yang pasti ada hikmah disebalik kejadian, dan aku sebagai Muslim perlulah yakin bahawa Allah pasti akan meletakkan rahmatnya jika ada keiklasan dan kesabaran dalam menempuhinya..tapi aku nak cerita pasal Program Mahasiswa nie..nak kata biasa ada, membazirpun ada, komitmen dan sasaran yang tersasar dan tak kenepun ada..MACAM-MACAM ADAAAA……€#(&^)%*)

Kat universiti aku belajar nie ada seratus lebih persatuan dan kelab, bermacam-macam jenis dan bunyi, tue tak sebut lagi beratus-ratus nama program yang pelik-pelik dan canggih manggih...aku rasa exco Majlis Perwakilan Mahasiswa pun ada yang tak tahu ada nama kelab itu dan ini dalam Universiti Keramat aku nie..tapi takpelah bagus tue sebenarnya, sebab mahasiswa mungkin tak serasi dengan kelab nie boleh masuk kelab tue, bergaduh ngan persatuan tue boleh lompat persatuan masuk ke persatuan nie..macam lompat parti..kene berlatih dari sekarang..hehe..


Masalah yang timbul bila dah seseorang nie terlalu banyak persatuan dan kelab nie aku tengok terlalu jelas..berbelah bagi nak bagi komitmen.. “jangan lupa datang meeting malam nie tau”.. “alamaakkk..aku ada meeting lainlah malam nie”..biasa tue biasa..alasan dari dulu sampai sekarang takkan berubah..tapi yelah kadang lucu jugak aku, dorang kene berlari sana berlari sini sebab nak attend meeting..haha..kata dorang pulak akupun 2x5=1467..huhu

Programlah yang dilaksanakan, aku ada problem sikit dengan program nie…setiap tahun aku tengok perkara yang sama, sesuatu kelab dan persatuan pasti mewarisi BADI senior-senior mereka..salah dan silappun macam copy and paste, takdepun pembaharuan..agaknya trend sekarang kot erk, tak nak susah kerja, abik jerla aktiviti-aktiviti yang lepas-lepas.. “aku bukan kene bayar gajipun”.. “betul jugak tue, tapikan yang ko bengong terima jawatan dan tanggungjawab pasai apa?!”.. “nak buat macam mana aku kena paksa, xde pilihan”.. “*&^*^%*(*)”.. (satu lagi permasalah timbul..paksa-paksa).

Mahasiswa kenalah upgrade program yang sedia ada dengan resolusi yang baru dengan mengambil kira polarisasi yang ada di sesuatu universiti. Apa yang mengecewakan ialah apabila sesuatu program yang dianjurkan tersasar dari matlamat program yang sepatutnya dibuat..aku tak cite kat universiti akulah, universiti aku nie sume kaki-kai program..sume program berjaya capai matlamat..hehehe..buat satu-satu program, tempat kat celah-celah, program sampai seminggu pulak tue..mana orang nak datang, mana matlamat nak capai, silap-silap orang yang buat show atau bagi talk pun malu nak cakap kat situ..

Tapi aku memberi kreadit keatas program-program yang berjaya dilaksanakan yang jelas menampakkan hasil yang mampu menaikkan semangat aku kat universiti nie..satu program terbaru yang aku sertai ialah program Dakwah Masyarakat Muslim di Kelantan..sasaran adalah masyarakat Muslim dan sebilangan golongan Asli ternyata memberikan impak yang maksima kepada penduduk kampung malahan lebih daripada itu, hasil usaha program ini telah memberikan nama yang baik untuk universiti yang letaknya jauh di Bandar.. hok gtue kita mahu..buat satu-satu program penat serta kesungguhan dibayar dengan kejayaan..jangan pulak penat dan kesungguhan dibayar dengan penat dan keletihan, malahan malu pulak tue..(takpelah, kat universitilah buat silap yer tak..hehe)

Apapun, supportla program orang..kang tak support ingat orang nak support kaa program kawin hangpa nanti..hehe.. Yelahh dalam usaha membina dan mencipta nama baik universiti, buatlah apa saja..supportla program-program orang nie..walaupun tak membantupun program-program mahasiswa nie dalam ranking universiti dunia, dan sekarang takde satupun universiti di Malaysia nie yang duduk di ranking walau 400 dunia!! So shame..sedangkan kat Singapore dua universiti ada dalam ranking, kat Thailand ada satu..sebesar-besar Malaysia takde satupun..kayu ukur tue kayu ukur…mungkin selepas nie mahasiswa boleh ambil kira perkara-perkara nie, jangan abik lekeh soal ranking nie bila dah duduk dimenara gading..alang-alang menyeluk pekasam orang kata..

p/s: semoga universiti yang aku cintai akan terus berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama universiti-universiti lain..

Budaya Ilmu Pelajar Pengajian Islam

Jenuh menjawab, penatpun ada..geram adala jugak…

Individu Pertama: Ehh budak Fakulti Pengajian Islam belajar apa erk?? Kenapa korang nampak macam relek jer, kami nie macam nak tercabut Nebula Ablongata yang bersambung ngan otak nie, tapi kami nampak korang macam tak study apa-apa jer..ker pensyarah dah bagi tau apa yang keluar exam, takpun pensyarah bagi skema terus dan korang terus hafal..(ketawa..kah3)


Individu Kedua lagi dasyat: alahh korang masuk Universiti nie memang tak studypun..senang cerita korang tak payah studypun takper, untung-untung dapat title mahasiswa, aku bukan nak cakaplah, korang nie politik jer lebihnya..demo sana..demo cnie...aku meluatpun ada tengok perangai korang nie..malula ngan korang nie, dahla study malas, buat malu nama universiti plak tue..korang nie jadi picisan-picisan jer, yang dok atas sume orang bidang lain, klupun korang dok atas jadi dungu jer.. cakap lebat……..(senyum sinis)

Inilah dia pandangan segelintir sahabat2 (sahabat ker cakap gtue?) aku dari fakulti lain yang memberi komen drastik dan radikal kepada Fakulti Pengajian Islam..aku antara senyum tak senyum dengan apa yang dorang katakan..walaupun buruk, huduh lagi menyakitkan ayat-ayat mereka tapi aku taklah melatah sebab aku fikir ada jugak kebenaran dari apa dorang katakan,..bukanlah aku bermaksud memihak mereka..yelaa mentang-mentang kawan aku, tapi kene ingat bila dorang begitue mereka telah merendah-rendahkan guru-guruku..haa yang tue aku geram..!@^%*^&^(
Menjawab individu pertama secara spontan..aku mulakan dengan senyuman bila dia ketawa berdekah-dekah, aku biarkan dia ketawa dengan sepuas hati..aku tak rasa lucu langsung, korang amacam??..akupun jawab: ko tahu tak, pelajar-pelajar cemerlang yang dapat deretan MUMTAZ dan yang dapat ANUGERAH-ANUGERAH semasa kat sekolah mahupun Kolej, budak-budak yang belajar di Syiria, Yaman, Sudan dan sebagainya masuk ke UKM serta para HUFFAZ dari banyak tempat di Malaysia ada dalam Fakulti Pengajian Islam sekarang..agaknya dorang nie masuk ke Fakulti Pengajian Islam selepas melalui detik-detik cemerlang di tempat masing-masing dulu dok bace surat khabar jerla kot erk..bangun tido pegi kelas, makan tido balik..yelahh dorangkan pelajar cemerlang..(reverse psychology). Aku cerita 2% jerla, tuepun skop jabatan aku Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, kitorang ada 3 modul, aku cerita modul aku jerla modul Pengurusan..ko tau tak, dalam modul aku nie adanya subjek Kewangan Islam yang diajar oleh seorang yang lahir dari Pengajian Islam tapi ada MA dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan..ko rasala kan, agak-agak lecture EKONOMI tue bagi jawapan bocor tak erk untuk Ustaz aku, atau tesis dia lecture EKONOMI tue buatkan..(reverse psychology lagi). lagi 98% kalau aku jawab akupun jadi orang bodoh mcm ko..(akupun ketawa balik..kah3….)

tersentap sudah individu pertama..;)

menjawab individu kedua nie, orangnya agak seperti serius sikit, aku mengubah ekspresi mukaku..menarik nafas dan selawat dua,tiga kali..nie jawapanku: wahh dasyat ayat ko..;) aku tak menghalang ko untuk berfikir begitu sebab nie mungkin cara ko berfikir..tapi beberapa perkara ko kene abik perhatian sebelum ko cakap..dorang demo sebab dorang tahu apa dorang buat, ada bende dorg nak dan ada tuntutan yang dorg nak pemerintah abik perhatian..ko ingat dorang nak sangat ker berpanas sana sini dengan tak dibayar gajinya angkat kain berarak-arak nie..aku rasa banyak sejarah-sejarah ko kene bukak balik bagaimana mahasiswa mampu mengulingkan kerajaan memerintah..tak yahla cerita tue, ko bukan tahupun…;) universiti-universiti terkemuka Harvard, Oxford dan sebagainya, ko ingat dorang xpernah berdemo ker?? Yuran naik jer angkat kain rentang beratur selalu.. Yelah mungkin sebenarnya ko nak kata soal “mentaliti” sebenarnyakan..cara kita berfikir tak sama dengan Barat..sebenarnya aku nak cakap, macam tue jugak cara aku berfikir tentang ko, cara ko berfikir mcm student2 kebanyakkan, tapi tak bagi yang berdemo-dema yang ko kata tue..atlise dorang ada jugak bende nak diperjuangkan untuk masa depan mahasiswa..esk kalau tuntutan berjaya, kotla PTPTN pun dah berjaya dimansuhkan, ko jangan dok happy plak tau..;) (reverse psychology lagi)



Selepas aku bersembang berbual-bual dengan sahabat aku tue, aku melakukan Post Mortem ku sendiri, kenapakah mereka boleh berkata begitu? Rupanya aku tersedar satu perkara yang asas sangat sebenarnya tapi terlalu besar bagi mereka..iaitu soal akhlak terutama berbicara..tidak menggunakan perkataan yang lemah lembut seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW..perkataan SIA*, B*D*H, L**ANAT, sering disebut..padahal hari-hari mendengar Quran Hadith...banyak lagi perkara asas lain, SOLAT, AURAT, PERGAULAN..hurmmmm……………

p/s: aku rasa aku dah macam Sherlock Holmes dah…..;)

ADAM ADLI VS LUDAH MAHASISWA..!!

Aku pening betul dengan isu ORANG NAK LUDAH MAHASISWA nie..aku mungkin tertinggal isu-isu semasa di media selama seminggu dalam tempoh kejadian atas sebab-sebab tertentu yang memutuskan aku dengan media..apa-apapun berani betul ADAM ADLI menurunkan bendera PM Najib..terfikir satu perkara jer samada tindakan tersebut bijak atau tidak dalam erti kata lain rasional gtuee…


Selepas aku dapat berkomunikasi dengan media semula, aku terkejut plak dengan video NAK LUDAH MAHASISWA yang berkait rapat selepas perarakan mahasiswa ke bangunan UMNO tempoh hari..aku sentap!! First time aku tengok video yang merendah-rendahkan martabat MAHASISWA nie..sepatutnya, semua mahasiswa-mahasiswa seluruh Negara berhimpun dan seru mereka-mereka yang terlibat dalam video itu supaya meminta maaf..Harap PANGLIMA-PANGLIMA tue baca blog aku nie…

Hai Rakyat Malaysia.. Mungkin ini sekadar pendapat akulah (kebebasan bersuarakan) mungkin ada yang setuju, atau mungkin ada yang tidak setuju.. Pasal ADAM ADLI nie, kalaulah kejadian nie berlaku zaman kebangkitan orang-orang melayu waktu nak tuntut kemerdekaan dulu (aku tak sentuh isu Malaysia tak pernah di jajah lagi tue) confirm ADAM ADLI nie kene serang ramai-ramai oleh pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Malahan lebih teruk lagi akan dikatakan sebagai “pengkhianat”..ishh..dasyat tue..apa taknya orang sibuk berjuang untuk kemerdekaan, dia dok turun bendera pemimpin rakyat…

Tue konteks dulu kala, kini kala kalau ikut pendapat akupun tetap tak setujunya yelah aku tau di luar sana ramai yang menyokong tindakannya malahan lebih dari itu ayahanda dan bondanya juga merestuinya.. apa yang aku tak setuju ialah, soal keselamatannya..dalam usia semuda dia, aku tahu sangat keinginan dan kehendak anak muda nie..waktu wawancara dengan sinar harituepun aku tengok suaranya agak bergetar-getar dan nampak kerisauan yang melanda dirinya, bende nie mana boleh sorok..tue belum orang psikologi yang jawab lagi..


Berbalik isu keselamatan, ADAM ADLI juga menyatakan kerisauannya pada keselamatanya..walaupun aku xkenal dia tapi atas dasar sesama mahasiswa apatah lagi bersaudara kita turut merasa bimbang..adapun orang yang turut serta demonstrasi tersebut selepas demo boleh balik dengan hati yang tidak tertekan, tapi tidak untuk ADAM ADLI..bila dia katakan pihak UPSI tidak membenarkan dia balik dahulu ke kampus kerana ada pihak yang mencarinya, aku tergambar bermacam-macam..

Untuk sesiapala yang nak mengikut jejak ADAM ADLI selepas nie mungkin berfikir dua kali dengan apa yang berlaku..aku memberi nasihat bahawa janganlah ada tindakan sebegini kemudian hari, banyak kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan..peranan Pemimpin-Pemimpin Mahasiswa kalau di gembeleng dengan jitu dan sistematik serta dibuat diseluruh Universiti di Malaysia pastinya akan dapat satu kekuatan yang akan membuka mata kerajaan memerintah..

Adapun Konvensyen Mahasiswa telah diadakan bulan November 2011 di Universiti tempat aku belajar..konvensyen seperti ini yang diadakan oleh universiti baru-baru ini kalau dimainkan peranannya dengan baik pasti dapat memberikan impak seperti apa yang diinginkan oleh mahasiswa. Nie tengoklah berapa kerat jer yang datangnya, isu yang dibincangkanpun bukanlah isu yang besar..maaflah kalau aku katakana isu yang dibangkitkan adalah isu lapok dan ketinggalan zaman, tak langsung menampakkan global Lagi satu dalam majlis penutup, MENTERI yang datang bagi ucapan…hurm, mana pergi Pemimpin-Pemimpin Persatuan dan Kelab yang mengetuai kelompok pelajar masing-masing??! Sebab yang nampak tak sampaipun 30 orang..(*&*^%%@)..!!

p/s: bangga dengan seorang MENTERI..hidup Dato Saifuddin!