Aku pening betul dengan isu ORANG NAK LUDAH MAHASISWA nie..aku mungkin tertinggal isu-isu semasa di media selama seminggu dalam tempoh kejadian atas sebab-sebab tertentu yang memutuskan aku dengan media..apa-apapun berani betul ADAM ADLI menurunkan bendera PM Najib..terfikir satu perkara jer samada tindakan tersebut bijak atau tidak dalam erti kata lain rasional gtuee…
Selepas aku dapat berkomunikasi dengan media semula, aku terkejut plak dengan video NAK LUDAH MAHASISWA yang berkait rapat selepas perarakan mahasiswa ke bangunan UMNO tempoh hari..aku sentap!! First time aku tengok video yang merendah-rendahkan martabat MAHASISWA nie..sepatutnya, semua mahasiswa-mahasiswa seluruh Negara berhimpun dan seru mereka-mereka yang terlibat dalam video itu supaya meminta maaf..Harap PANGLIMA-PANGLIMA tue baca blog aku nie…
Hai Rakyat Malaysia.. Mungkin ini sekadar pendapat akulah (kebebasan bersuarakan) mungkin ada yang setuju, atau mungkin ada yang tidak setuju.. Pasal ADAM ADLI nie, kalaulah kejadian nie berlaku zaman kebangkitan orang-orang melayu waktu nak tuntut kemerdekaan dulu (aku tak sentuh isu Malaysia tak pernah di jajah lagi tue) confirm ADAM ADLI nie kene serang ramai-ramai oleh pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Malahan lebih teruk lagi akan dikatakan sebagai “pengkhianat”..ishh..dasyat tue..apa taknya orang sibuk berjuang untuk kemerdekaan, dia dok turun bendera pemimpin rakyat…
Tue konteks dulu kala, kini kala kalau ikut pendapat akupun tetap tak setujunya yelah aku tau di luar sana ramai yang menyokong tindakannya malahan lebih dari itu ayahanda dan bondanya juga merestuinya.. apa yang aku tak setuju ialah, soal keselamatannya..dalam usia semuda dia, aku tahu sangat keinginan dan kehendak anak muda nie..waktu wawancara dengan sinar harituepun aku tengok suaranya agak bergetar-getar dan nampak kerisauan yang melanda dirinya, bende nie mana boleh sorok..tue belum orang psikologi yang jawab lagi..
Berbalik isu keselamatan, ADAM ADLI juga menyatakan kerisauannya pada keselamatanya..walaupun aku xkenal dia tapi atas dasar sesama mahasiswa apatah lagi bersaudara kita turut merasa bimbang..adapun orang yang turut serta demonstrasi tersebut selepas demo boleh balik dengan hati yang tidak tertekan, tapi tidak untuk ADAM ADLI..bila dia katakan pihak UPSI tidak membenarkan dia balik dahulu ke kampus kerana ada pihak yang mencarinya, aku tergambar bermacam-macam..
Untuk sesiapala yang nak mengikut jejak ADAM ADLI selepas nie mungkin berfikir dua kali dengan apa yang berlaku..aku memberi nasihat bahawa janganlah ada tindakan sebegini kemudian hari, banyak kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan..peranan Pemimpin-Pemimpin Mahasiswa kalau di gembeleng dengan jitu dan sistematik serta dibuat diseluruh Universiti di Malaysia pastinya akan dapat satu kekuatan yang akan membuka mata kerajaan memerintah..
Adapun Konvensyen Mahasiswa telah diadakan bulan November 2011 di Universiti tempat aku belajar..konvensyen seperti ini yang diadakan oleh universiti baru-baru ini kalau dimainkan peranannya dengan baik pasti dapat memberikan impak seperti apa yang diinginkan oleh mahasiswa. Nie tengoklah berapa kerat jer yang datangnya, isu yang dibincangkanpun bukanlah isu yang besar..maaflah kalau aku katakana isu yang dibangkitkan adalah isu lapok dan ketinggalan zaman, tak langsung menampakkan global Lagi satu dalam majlis penutup, MENTERI yang datang bagi ucapan…hurm, mana pergi Pemimpin-Pemimpin Persatuan dan Kelab yang mengetuai kelompok pelajar masing-masing??! Sebab yang nampak tak sampaipun 30 orang..(*&*^%%@)..!!
p/s: bangga dengan seorang MENTERI..hidup Dato Saifuddin!
No comments:
Post a Comment